Jadikanlah persefahaman dan permuafakatan sebagai resipi utama dalam usaha murni merealisasikan agenda MGBWPKL. Saya yakin MGBWPKL akan terus menjadi penyumbang penting dalam merealisasikan wadah perjuangan negara.
Harapan kami agar laman ini dapat dimanafaat bagi menyampaikan maklumat-maklumat penting dan terkini untuk dijadikan rujukan, makluman dan bantuan kepada semua Guru Besar sekolah-sekolah rendah sekitar Kuala Lumpur yang juga merupakan ahli MGBWPKL.
Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan boleh memberikan pendapat serta maklumat-maklumat penting untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan seperjuangan dalam usaha untuk mempertingkatkan pengurusan di sekolah-sekolah serta memartabatkan usaha dan jawatan kita bersama.
"Cemerlang Dalam kalangan Yang Cemerlang"
SAADUN KASSIM
Yang DiPertua MGBWPKL
2013-2016
0 comments:
Post a Comment