PIC 1:

MGBWPKL (MAJLIS GURU BESAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR)

PIC 2:

SARANA IBUBAPA DAN SARANA SEKOLAH

PIC 3:

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PIC 4:

KONVENSYEN PENDIDIKAN KEBANGSAAN KE 17

PIC 5:

KSSR

Search This Blog

21 March 2014

Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 2014


PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Tingkatan  3.(PT3)

Pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.

Ini adalah kerana guru-guru  menyatakan bahawa mereka  dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.
Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS.

 Susulan  dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru  untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

Download slide di sini

18 March 2014

PBS masih diteruskan dengan tiga penambahbaikan mulai 1 April - Muhyiddin



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) masih diteruskan dengan tiga penambahbaikan berkuatkuasa 1 April. 

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, perkara pertama ialah kementerian itu menetapkan Dokumen Standard Prestasi (DSP) digantikan dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid. 

Katanya, penggunaan DSP sebelum ini menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak. 

"Dengan panduan baru ini, guru akan mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dubangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. 

"Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk panduan baru ini," katanya pada sidang media khas mengenai penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Bangunan Parlimen di sini, sebentar tadi. 

Kedua, katanya, guru tidak lagi perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) secara atas talian seperti sebelum ini. 

Katanya, guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran secara offline. 
"Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan Tiga akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). 

"Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat bagi pelajar Tingkatan Tiga yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah," katanya. 

Sementara itu, guru tidak lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan melengkapkan Rekod Transit yang tidak jelas sehingga mengganggu tugas mengajar golongan berkenaan. 

Katanya, perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru," katanya. 

http://www.bharian.com.my/articles/PBSmasihditeruskandengantigapenambahbaikanmulai1April-Muhyiddin/Article/

Kenyataan Media di sini