PIC 1:

MGBWPKL (MAJLIS GURU BESAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR)

PIC 2:

SARANA IBUBAPA DAN SARANA SEKOLAH

PIC 3:

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PIC 4:

KONVENSYEN PENDIDIKAN KEBANGSAAN KE 17

PIC 5:

KSSR

Search This Blog

16 December 2013

PELANTIKAN BARU KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang baru adalah YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof.
Lantikan beliau telah berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013. Tahniah diucapkan.

YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia

26 November 2013

24 lagi diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi

PUTRAJAYA 18 Sept. - Sejumlah 24 lagi sekolah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), membabitkan 14 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah di bawah kohort keempat tahun ini.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan SBT di seluruh negara sebanyak 115. "Sehubungan itu, sasaran kementerian bagi membangunkan dan mewujudkan sepuluh buah SBT setiap tahun dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 telah tercapai serta melepasi sasaran," katanya pada majlis penyerahan sijil pengiktirafan SBT di sini hari ini.
Beliau berkata, pengiktirafan itu membolehkan setiap sekolah berkenaan menerima peruntukan khas berjumlah RM700,000 untuk tahun pertama, RM500,000 tahun kedua dan RM3000,000 tahun ketiga.
Senarai kali ini, katanya, turut menyaksikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Ladang Rem, Kota Tinggi Johor menjadi SKJT pertama menerima pengiktirafan sebagai SBT.
Sekolah-sekolah lain yang terpilih ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Mariam dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa Barat di Johor; Sekolah Menengah (SM) Sains Kubang Pasu Kedah, SM Sains Machang Kelantan; SK Convent Pahang, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Jempol Negeri Sembilan; dan SK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya.
SK Convent Of The Infant Jesus 1 (M) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah di Melaka; SK Sultan Idris II, SK Marian Convent, SM Sains Raja Tun Azlan Shah dan SBP Integrasi Gopeng di Perak; dan SK Convent Green Lane, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Han Chiang dan SMKA Al-Irshad di Pulau Pinang.
SK Taman Megah, SK Bukit Jelutong, SK Sri Petaling, Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan Kajang dan SBP Integrasi Rawang di Selangor; serta SK Convent Bukit Nanas (1) dan SJKC Kuen Cheng 2 di Kuala Lumpur. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130918/dn_29/24-lagi-diiktiraf-Sekolah-Berprestasi-Tinggi#ixzz2lkDAmlAV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

07 November 2013

Logo Baru KPM

RASIONAL

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)

Guru Cemerlang

Gambar hiasan

"Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.”
- Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.

Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.

Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang
o    Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
o    Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
o    Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
o    Meningkatkan motivasi guru.
o    Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
o    Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
o    Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
o    Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).





Ujian Kompetensi ICT KPM


Ujian sistem analisis kompetensi ICT guru dan pentadbir Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara online. Ujian berteraskan ICT atau teknologi komputer adalah sangat penting untuk menguji seorang guru dalam pengetahuan am komputer. Ujian ini juga merupakan komponen penting di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan termasuk guru dan pentadbir wajib menjawab semua soalan mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan.

Sumber: Ujian Kompetensi ICT Guru Dan Pentadbir KPM Online | melvister.com 

Format Soalan
Ujian ini dilaksanakan secara atas talian (online) mengandungi 30 soalan dan hendaklah dijawab kesemuanya dalam tempoh 40 minit.
Pengumuman Terkini
1) Perlis, Perak, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang (sistem ditutup pada 22 Oktober 2013 jam 12 malam)
2) P.Pinang, Kedah dan WP Labuan (sistem ditutup pada 24 Oktober 2013 jam 12.00 malam)
Sila ikut tarikh seperti berikut untuk mengelakkan kesesakan sistem:
26 Sep – 02 Oct 2013 – Perlis, Perak dan Melaka
03 Oct – 08 Oct 2013 – Kelantan, Terengganu dan Pahang
09 Oct – 16 Oct 2013 – P.Pinang, Kedah dan WP Labuan
17 Oct – 22 Oct 2013 – Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur dan Johor
23 Oct – 31 Oct 2013 – Sabah, Sarawak dan Selangor
Arahan Penting:
1) JANGAN GUNAKAN BUTANG ‘BACK’ di browser untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
2) SEKIRANYA BERLAKU KELEWATAN SISTEM ATAU INTERNET PERLAHAN, JANGAN TEKAN BUTANG ‘SETERUSNYA’ BERULANG KALI untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
3) SEKIRANYA SISTEM TIDAK ADA RESPON, ANDA BOLEH LOG KELUAR DAN TUTUP SEMUA BROWSER DAN BUKA BROWSER YANG BARU UNTUK SAMBUNG MENGAMBIL UJIAN.
4) Nombor kad pengenalan adalah sulit dan peribadi. Jangan berkongsi untuk ujian ini.
5) Log keluar selepas selesai sesi ujian.
6) Pastikan guna skrin browser yang baharu (dimana tutup dan buka skrin browser)
7) Tutup browser selepas menggunakan sistem ini.

06 November 2013

Salam Maalhijrah

Barisan AJK MGBWPKL dengan tulus ikhlas mengucapkan 
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah ..


Kata Aluan YDP


Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia.

Jadikanlah persefahaman dan permuafakatan sebagai resipi utama dalam usaha murni merealisasikan agenda MGBWPKL. Saya yakin MGBWPKL akan terus menjadi penyumbang penting dalam merealisasikan wadah perjuangan negara.

Harapan kami agar laman ini dapat dimanafaat bagi menyampaikan maklumat-maklumat penting dan terkini untuk dijadikan rujukan, makluman dan bantuan kepada semua Guru Besar sekolah-sekolah rendah sekitar Kuala Lumpur yang juga merupakan ahli MGBWPKL.

Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan boleh memberikan pendapat serta maklumat-maklumat penting untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan seperjuangan dalam usaha untuk mempertingkatkan pengurusan di sekolah-sekolah serta memartabatkan usaha dan jawatan kita bersama.

"Cemerlang Dalam kalangan Yang Cemerlang"









SAADUN KASSIM
Yang DiPertua MGBWPKL
2013-2016

Hubungi Kami



Sebarang aduan, maklumat dan maklumbalas, sila ajukan kepada:
Setiausaha MGBWPKL

Tn. Hj. Ruslan b. Madon
di alamat:
SK Setiawangsa
Jalan Setiawangsa 13
54200 Kuala Lumpur

email: 
ruslan.madon@gmail.com
admin@mgbwpkl.com

Telefon:
019-3141705
03-42528019

Faks: 
03-42523628



Barisan Kepimpinan sesi 2013-2016

Berikut adalah barisan kepimpinan baru yang telah dilantik. 

Yang DiPertua: En. Saadun Kassim (SK Taman Bukit Maluri)

Timbalan Yang DiPertua : Tn. Hj. Hamid Masdewi (SK Kementah)

Naib Yang DiPertua : En. Roslan Jais (Sk Seri Delima)

Setiausaha : Tn. Hj. Ruslan Madon (SK Setiawangsa)

Sila Klik sini untuk melihat AJK penuh MGBWPKL 2013-2016

Majlis Guru Besar Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Majlis Guru Besar Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MGBWPKL)

Seminar & Persidangan Tahunan MGBWPKL 2013 telah diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 22 – 24 September 2013
Tempat : Hotel Avillion Legacy, Melaka

Mesyuarat Agung Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kali ke-23 telah berjalan dengan sempurna pada 23 September 2013 bermula jam 2.00 petang di tempat yang sama. Pada tahun ini telah diadakan pemilihan AJK MGBWPKL untuk tempoh 3 tahun (2013 – 2016). Keputusan pemilihan tersebut adalah seperti berikut:

Yang Di Pertua
En. Saadun Kassim (SK Tmn Bukit Maluri)
Timbalan YDP
Hj. Hamid Masdewi (SK Kementah)
Naib YDP
En. Roslan Jais (SK Sri Delima)
Setiausaha
Hj. Ruslan Madon (SK Setiawangsa)
Penolong S/U
En. Ibrahim Sahadan (SK Sg Penchala)
Bendahari
En. Neo Kim Thin (SK Tmn Seri Sinar)
AJK
En. Azahari Omar (SK Seri Bintang Selatan)
Pn. Jamilah Iberahim (SK Alam Damai)
Pn. Hazinah Ibrahim (SK Desa Tasik)
Pn. Faridah Ahmad Zuki (SK AU Keramat)
Hj. Ahmad Fuad Hj Ahmad (SK Seri Nilam)
Pn. Rokiah Ahmad (SK Taman Maluri)
Pn. Che Norizam Abdullah (SK Bangsar)
En. Zaifuddin Baharum (SK Manjalara)
Pn. Mariam Muda (SK Convent Sentul 2)
En. Supian Hj. Mokhtar (SK Bukit Pantai)
En. Wong Shee Fatt (SJKC Choong Wen)
Cik Tan Ai Lee (SJKC Naam Kheung)
Pn. Cheng Sook Choo (SJKC Taman Connaught)
Pn. M Supaletchumi (SJKT Sentul)
Juruaudit 1
En. Yeap Seng Heng (SJKC Kwong Hon)
Juruaudit 2
Hj. Ghazali Katun (SK Yaacob Latif (1))
Pengerusi Tetap
En. Rooslan Ahmad (SK Desa Tun Hussein Onn)
Timb. Peng. Tetap

Hj. Abdul Aziz Mohd Said (SK Seri Permaisuri)