Gambar hiasan
"Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai
pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran
khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga
sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
yang cemerlang secara berterusan.”
- Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang
- Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang
Pengetua,
Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.
Jawatan-jawatan
yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang
perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan
guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.
Secara
tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan
berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.
Menyedari
hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993
sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak
meninggalkan bilik darjah.
Objektif
kenaikan pangkat Guru Cemerlang
o Memberi pengiktirafan kepada guru yang
cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
o Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
o Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada
guru lain.
o Meningkatkan motivasi guru.
o Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan
berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
o Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam
perkhidmatan pelajaran.
o Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu
meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
o Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke
gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang
(KUP).
0 comments:
Post a Comment